Thursday, February 26, 2009

gila mengai!!

Kajian demi kajian telah ana jalankan untuk mencari tempat yang menarik dan strategik untuk menjadi pelabuhan memancing. Namun setelah berhari2 ana bersam sahabat ana melayari internet dan melewati sendiri tempat-tempat yang berpotensi di sekitar Shah Alam ini, ternyata usaha kami cuma sia-sia.

Shah Alam bukanlah satu kawasan yang mempunyai tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat memancing. setelah diselidiki sedalam yang mungkin, yang ada cumalah tempat-tempat yang ala kadar seperti di kawasan taman pertanian atau berhampiran plaza masalam yang ana kurang gemari kerana tidak begitu bersih.

apa-apa pun ana amat bertuah kerana ana dapat berkongsi hobi bersama sahabat yang sealiran dengan ana. jika ana bosan ana akan menyuarakan pendapat untuk memancing dan jika sahabat ana tesebut tidak mempunyai kuliah, akan sahabat ana bersetuju serta-merta.

bapak ahhh.... entah betoi entak tidak bahasa aku. bahasa melayu bahasa yang memerlukan seni yang mendalam untuk digunakan apatah lagi jika untuk dikuasai (ni pun betoi ka dak aku tak tau, hehe)

1 comment:

J.U.L.I.E.S.A.M.A.D said...

laa....awat susah2...kat roundabout lepas 18 tu kan ade tempat blh mengail...ko kail je la ikan kat situ....alih2 boya pon blh dapat..