Thursday, February 26, 2009

gila mengai!!

Kajian demi kajian telah ana jalankan untuk mencari tempat yang menarik dan strategik untuk menjadi pelabuhan memancing. Namun setelah berhari2 ana bersam sahabat ana melayari internet dan melewati sendiri tempat-tempat yang berpotensi di sekitar Shah Alam ini, ternyata usaha kami cuma sia-sia.

Shah Alam bukanlah satu kawasan yang mempunyai tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat memancing. setelah diselidiki sedalam yang mungkin, yang ada cumalah tempat-tempat yang ala kadar seperti di kawasan taman pertanian atau berhampiran plaza masalam yang ana kurang gemari kerana tidak begitu bersih.

apa-apa pun ana amat bertuah kerana ana dapat berkongsi hobi bersama sahabat yang sealiran dengan ana. jika ana bosan ana akan menyuarakan pendapat untuk memancing dan jika sahabat ana tesebut tidak mempunyai kuliah, akan sahabat ana bersetuju serta-merta.

bapak ahhh.... entah betoi entak tidak bahasa aku. bahasa melayu bahasa yang memerlukan seni yang mendalam untuk digunakan apatah lagi jika untuk dikuasai (ni pun betoi ka dak aku tak tau, hehe)

Saturday, February 21, 2009

they all started with a sketch..



hehe maap sadnbitter.blogspot.com, bunyi title macam nak sama...
ni ha aku lukis bersempena dengan hari tidur lewat (hari2 tdur lewat sebenarnya, hehe)

Sunday, February 15, 2009

HuJoNg MiNgGoO YaNg 'FuYOo'!!


wahahaha.... setelah sekian lama nak mengai ikan(memancing), akhirnya termakbul juga niat tu...

hahahaaha... mula2 pi taman pertanian kat Bukit Cerakah, tengahari.. pi ngan Shafiq dan Afiq.. depa tak dapat apa2.. aku dapat gak sebarau, sebesaq 3 jari.. kecik gak tapi janji dapat, sudahhhh...

dah balik tu pi makan, tapi semua tu tak berakhir kat situ ja... kami ada cadangan lain..
jeng jeng jeng... aku beli boq khai(joran) baru.. start motor. 3 orang kami pi Klang, North Port, Tanjung Harapan..., kami sampai dalam pukul 8 malam lebih dan balik Shah Alam dalam pukul 10 pagi.

semalaman kami kat sana, pengalaman menunggu air pasang balik setelah surut amat kami hargai.. kami juga mengharungi pelbagai pengalaman lain atau boleh dikatakan dugaan la, antaranya dapat belut laut, kail berpuluh2 putus kena gherit(gigit) ketam, dapat ikan buntal, kail sangkut batu, dan macam2 la(tak ingat)...

dalam banyak2 pengalaman, yang paling aku kagumi ialah dapat ikan sembilang versi dewasa(besaq la 2).. HAHAHA...

banyak lagi benda2 yang aku miss sebenaqnya, tapi setakat ni, ni boleh aku rate-kan 'good' la sebagai satu permulaan kepada aktiviti memancing ni...

Friday, February 13, 2009

nothing much..

maaf la..
kadang2 orang bukak page aku nengok2 ada cerita aku sendri ja. ya la, aku ni jenis yang self-centered ckit. klu boleh nak post something yang lebih ilmiah ckit tapi aku plak orang yang bleh dikategorikan sebagai seorang yang agak malas membaca, so doakan aku berubah.. aku dah try, tapi x tahan lama la usaha aku. there must be something wrong somewhere yang buat sesuatu kebaikan tak kekal lama kan?

kadang2 tu la pentingnya muhasabah diri.. kenang balik apa yang dah kita buat yang menyumbang kepada perkembangan diri kita dan orang lain, apa yang kita dah buat yang dah menyusahkan dri kita dan yang pentingnya ada tak kita susahkan orang lain..
bila dah kenalpasti semua2 tu kita buat la apa yang terbaik contohnya pohon maaf atau mungkin berterima kasih kepada orang yang dah bantu kita. tapi yang paling penting terim kasih kat ALLAH.

Monday, February 9, 2009

ni ha

qedah19@yahoo.co.uk

Sunday, February 8, 2009

bersua kembali

wahhhh, dah lama gila xdak post..
banyak sangat assignment.. banyak masa aku guna untuk assignment2 baru 2. aku guna masa aku untuk renung assignment2 tu ja, renung ja la, x buat pon.. heehee
ari ni hari hujung minggu, nak siapkan sikit kerja mna yang sempat buat. malas nak lengah2 lagi.. heehee, perancangan ja ni. mintak2 jadi la.